Rabu, 19 Ogos 2015

Madu untuk mengubat penyakit kulit?

PELBAGAI PENYAKIT KULIT 

Dr. Muhammad Nizar al-Daqr telah melakukan banyak eksperiment yang berjaya mengubati penyakit-penyakit kulit dengan menggunakan madu lebah. Didalam bukunya "al-Asal Fihi Syifa al-Nas" ada keterangan tentang eksperiment 2 mencakupi 21 orang pesakit:
-2 orang menderita kurap berpanjangan
-3 orang mengalami luka terbakar
-2 orang mengalami sakit kulit bernanah atau orang tua yang dagingnya mati
-1 orang yg luka hingga tubuhnya lemah setelah menempuh pembedahan gelembung daging yang hodoh
-2 orang yang berjerawat
-4 orang berkudis setelah kena bisul yang besar dan dalam
-7 orang yang menderita kulit bernanah akibat pelbagai pembedahan

Beliau berkata di akhir keterangannya yang menarik itu, sesuai menurut yang kita lihat dan hasil-hasil baik yang kita perolehi melalui perantaraan membalut madu lebah itu ke atas kulit yang sakit atau dengan menyapukannya. Madu mempunyai kesan yang baik untuk menyatukan dan menyembuhkan luka-luka kulit sekaligus untuk mengusir dan membanteras sesuatu yang menyebabkan makanan busuk.

Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib
RAHSIA MADU LEBAH
Ubat Yang Turun Bersama Wahyu

Rabu, 14 Januari 2015

Kursus Menjinak Ternak LEBAH KELULUT siri MAC

Kursus Menjinak Ternak LEBAH KELULUT 2Hari1Malam

25-26/03 Rm400
28-29/03 RM450

Tempat diladang TrigonaGold beralamat
Lot 14960,Batu 21 1/2,Kawasan Perkelahan Lubuk Manggis,43100 Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan. 


Aturcara Kursus


HARI PERTAMA

09.00am- Pendaftaran
09.30am- Pengenalan
10.00am- Minum Pagi
12.00pm- Daftar Masuk Chale
01.00pm- Makan & solat
02.00pm- Rehat
03.00pm- Praktikal
06.00pm- Rehat
07.00pm- Makan Malam
08.00pm- Bebas

HARI KEDUA

07.30am- Minum Pagi
09.00am- Praktikal
09.30am- Praktikal
10.00am- Praktikal
12.00pm- Makan & solat
01.00pm- Rehat
02.30pm- Praktikal
04.30pm- Rumusan
05.30pm- Bersurai

***Peginapan - 2 hari 1 malam
***Makan Pagi - Hari pertama & Kedua
***Makan T. Hari - Hari pertama & Kedua
***Makan Malam - Hari pertama


Modul Kursus

  1. Tentang Lebah Kelulut
  2. Cara Menternak Lebah Kelulut
  3. Khasiat Lebah Kelulut
  4. Pontensi Menternak Lenbah Kelulut
  5. Masaalah Dalam Penternakan Lebah Kelulut
  6. Cara Menjinak Ternak Lebah Kelulut
  7. Cara Sedut Madu
  8. Produk Hiliran Lebah Kelulut
  9. Praktikal



Sila hubungi - 0132229995 (sazali)untuk maklumat lanjut

Tempat adalah terhad...

Tolong Sebarkan...TerimaKasih

Ahad, 11 Januari 2015

SAKIT PERUT DAN MADU

Disebutkan di dalam dua kitab hadith Sahih (Bukhari dan Muslim) sebuah hadith berasal dari Abu al-Mutawakkil daripada Sa’id al-Khudri r.a:

Maksudnya: “Bahawasanya ada seseorang lelaki menghadap kepada Nabi s.a.w lalu ia berkata: Saudaraku sakit perut! Maka Nabi s.a.w menyarankan kepada orang itu: Beri minumlah ia dengan madu! Lalu orang itu pulang. Tidak lama kemudian ia kembali lagi seraya berkata: Telah saya berikan minuman madu keadanya, namun tidak berikan hasil apa-apa. Dalam riwayat lain: malah penyakitnya bertambah berat. Demikianlah dua atau tiga kali: setiap orang itu datang Nabi s.a.w bersabda: Berikanlah madu kepadanya: Sungguh benarlah Allah s.w.t dan perut saudaramulah yang berdusata!
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas, Rasulullah s.a.w menganjurkan agar orang yang sakit perut itu diberi minum madu, guna membersihkan sisa-sisa makanan yang bercokol di sekitar perut dan usus. Sebab antara faedah madu itu adalah berperanan sebagai pembersih perut, terutama bila diminum dengan air suam.

Adapun pemberian madu berulang-ulang itu adalah termasuk rahsia rawatan. Iaitu bahawa kadar ubat harus tepat dengan keadaan penyakitnya, jika kurang maka ia tidak dapat menghilangkan penyakitnya itu dan jika berlebihan maka kekuatannya akan hilang dan malah akan timbul kesan sampingan yang lain. Kerana itulah, ketika Rasulullah s.a.w diberitahu tentang tidak berkurang penyakit orang tersebut, Baginda s.a.w mengerti bahawa kadar yang diberikan kepada orang itu belum mencukupi untuk mengusir penyakit tersebut lantas Baginda s.a.w menyuruh memberikannya lagi.

Sedangkan perkataan Baginda s.a.w sungguh benarlah Allah s.w.t dan perut saudaramulah yang berdusta! Menunjukkan bahawa kebenaran manfaat madu itu, sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Dengan itu akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)
(Surah al-Nahl 69)

(Tentang madu lebah menjadi ubat penawar bagi berbagai-bagai penyakit diterangkan juga di dalam hadis-hadis Nabi s.a.w dan diakui oleh ahli-ahli perubatan dahulu dan sekarang)

Masih ada penyakit dalam perut orang itu bukan kerana madu itu tidak berperanan, tetapi disebabkan oleh dustanya kerana banyak zat-zat yang rosak di dalamnya. Maka Baginda s.a.w menyuruh mengulangi pemberian madu itu kerana banyak zat-zat yang rosak.

Di dalam Sunan Ibn Majah disebutkan sebuah haidth dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi:


Maksudnya: “Barangsiapa minum madu tiga hari setiap bulan, maka ia tidak ditimpa malapetaka yang besar.”
(Riwayat Ibn Majah)

Adalah Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa minum madu campur air setiap pagi sebelum makan apa-apa. Hal ini mengandungi suatu rahsia yang sangat besar guna memelihara kesihatan

Didalam hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Ibn Majah dan Al-Haakim sahihnya disebutkan:

Maksudnya: “ Pakailah dua penyembuh: Madu dan Al-Quran”.
(Riwayat Ibn Majah)

Di dalam hadith ini terhimpun dua rawatan: Rawatan manusia dan rawatan ilahi; Rawatan badan dan rawatan jiwa serta rawatan dengan ubat bumi dan rawatan ubat samawi.

Di dalam hadith tersebut, terdapat dua aspek iaitu dengan menggunakan bahan alamiah dan dengan bantuan zikir menyebut Asma Allah, menyerahkan urusna kepada-Nya dan berserah diri (tawakkal) kepada-Nya. Oleh yang demikian kesan rawatan ini lebih mantap dan mampan.

http://umarfurqan.blogspot.com/2009/04/sakit-perut-dan-madu.html?m=1

Jumaat, 9 Januari 2015

Hasil Hutan/Kampung dan perkhidmatan

Salam semua,

Kami ingin memaklumkan bahawa kami sekarang menawarkan tumbuhan dari hutan dan kampung seperti berikut

Tongkat Ali
Kacip Fatimah
Buluh Madu
Bunga Kantan
Dan lain lain

Perkhidmatan yang kami tawarkan 
Jungle trekking
Tempahan chelet sekitar Hulu Langat

Jika ada antara pembaca yang berminat membeli bolehlah menghubung En. Sazali di talian 0132229995

MAKLUMAN KURSUS SIRI JANUARI 2015

salam semua,

Untuk makluman saudara dan saudari semua, kursus yang akan dianjurkan sedang hangat di sertai dan hanya tinggal tempat yang terhad seperti berikut

Penternakan
24-25 Januari 2015 - TUTUP
28-29 Januari 2015 - TUTUP


informasi kursus 
http://trigonagold.blogspot.com/2014/12/jadual-kursus-januari-2015.html

Lanjutan
30 Januari 2015 - 6 orang


informasi kursus
http://trigonagold.blogspot.com/2014/12/kursus-advance-pengkolonian-lebah_28.html
Sila sahkan kehadiran sebelum terlambat..

sms/whatsapp noah di talian 0132229995 sazali untuk makluman

Sekian

Khasiat Madu Lebah Kelulut

KOTA BHARU 19 Mei - Kelulut merupakan antara 33 jenis spesies lebah trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik.
Berbeza dengan kebanyakan lebah, kelulut tidak berbahaya kepada manusia dan madu yang dihasilkan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Selain madu, dua lagi bahan dihasilkan oleh lebah kelulut yang sangat istimewa ialah bee bread iaitu campuran polen dengan madu, air liur dan cairan dari perut lebah yang boleh membantu masalah pencernaan dan fermentasi.
Sementara propolis pula merupakan campuran getah tanaman dan cairan khusus yang dikeluarkan oleh lebah dan ia dikatakan mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis termasuk diabetis, mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.
Justeru, khasiat dan keistimewaan madu lebah kelulut yang tinggi telah mendorong pesara Lembaga Pertubuhan Peladang Kelantan, Razip Ibrahim, 53, dari Kampung Petani, Sering dekat sini berusaha menternak lebah berkenaan secara komersial.
Menurut Razip, bagi setiap koloni lebah kelulut yang diletakkan dalam kotak berukuran 70 sentimeter kali 20 sentimeter mampu menghasilkan antara 200 hingga 300 gram campuran madu dan bee bread serta 200 hingga 400 gram propolis.
Koloni kelulut akan mengeluarkan madu di dalam tempayan dan menutup tempayan itu apabila madu sudah penuh, manakala bee breed juga diisi dalam tempayan tersendiri di dalam sarang, katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Kata bapa kepada lapan orang anak itu, dia mula mengetahui mengenai khasiat madu lebah kelulut setelah menyertai seminar mengenai lebah dan kelulut di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan Kubang Kerian dekat sini, pada tahun lalu.
Kebetulan katanya, pada seminar yang diadakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian Kelantan itu, dia bertemu seorang pensyarah Universiti Hasanuddin Ujung Pandang, Makasar, Indonesia iaitu Prof. Mappa Toba yang menceritakan kepentingan ternakan lebah kelulut.
Bermula daripada maklumat tersebut jelasnya, dia mengkaji mengenai koloni kelulut di seluruh Kelantan termasuk di kawasan kampung dan hutan.
Hasilnya, saya berjaya mengenal pasti empat jenis koloni kelulut pelbagai saiz termasuk bersaiz lebah, katanya yang merupakan penternak tunggal kelulut di negeri ini dengan membela 30 kotak spesies itu di pekarangan rumahnya.

Advertisement
Razip Ibrahim dan isterinya, Rahimah Hamat memasukkan madu yang diambil dari sarang kelulut ke dalam botol.
Mengulas lanjut Razip berkata, lebah kelulut besar mengeluarkan paling banyak madu yang boleh dikumpulkan setiap dua minggu sekali.
Setakat ini lebah-lebah kelulut yang diternak itu telah menghasilkan kira-kira 10 kilogram madu.
Bagi meyakinkan lagi masyarakat tentang khasiat madu lebah kelulut, dia bekerjasama dengan USM termasuk melakukan penyelidikan mengenai khasiat bee bread dan propolis yang dikatakan sangat berkesan dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit.
Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout, katanya.
Bagi mempelbagaikan produk berasaskan madu lebah kelulut, dia turut menceburi bidang pembuatan coklat dan pelbagai produk kesihatan berasaskan madu, selain menjadi pembekal lebah kelulut kepada mereka yang berminat menceburi bidang berkenaan.
Tidak banyak modal diperlukan bagi menternak kelulut, iaitu hanya kotak bagi menempatkan koloni kelulut itu dan ia mampu mendatangkan pendapatan lumayan kerana harga madu lebah kelulut boleh mencecah sehingga RM90 sekilogram, katanya.
Menurut Razip lagi, dia mendapatkan koloni lebah kelulut dari kawasan kampung dan hutan di Kelantan dan menempatkan lebah-lebah itu dalam kotak di sekitar rumahnya.
Katanya, setiap koloni lebah kelulut mengenali kotak tempat tinggal masing-masing dan secara berterusan akan menghasilkan madu kerana mempunyai hubungan yang rapat dengan permaisuri.
Menguruskan ternakan kelulut ini tidak menyusahkan kerana koloni kelulut menghisap semua jenis madu bunga yang terdapat di kawasan sekitarnya. Kelulut yang saya ternak sekarang mengeluarkan madu berbau bunga durian kerana sekarang musim pokok durian berbunga, kata Razip yang dibantu oleh isterinya, Rahimah Hamat, 53.

Sabtu, 3 Januari 2015

Kelebihan Madu & Kayu Manis

Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

Penyakit Jantng : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantun
g mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuh
kan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Ku
lit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.


Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

Rujukan : Dr Zulkifli Sharif


Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.Assyafi , Arrahman ArRahim.Kepada Allah kita mohon pertolongan...