Rabu, 19 Ogos 2015

Madu untuk mengubat penyakit kulit?

PELBAGAI PENYAKIT KULIT 

Dr. Muhammad Nizar al-Daqr telah melakukan banyak eksperiment yang berjaya mengubati penyakit-penyakit kulit dengan menggunakan madu lebah. Didalam bukunya "al-Asal Fihi Syifa al-Nas" ada keterangan tentang eksperiment 2 mencakupi 21 orang pesakit:
-2 orang menderita kurap berpanjangan
-3 orang mengalami luka terbakar
-2 orang mengalami sakit kulit bernanah atau orang tua yang dagingnya mati
-1 orang yg luka hingga tubuhnya lemah setelah menempuh pembedahan gelembung daging yang hodoh
-2 orang yang berjerawat
-4 orang berkudis setelah kena bisul yang besar dan dalam
-7 orang yang menderita kulit bernanah akibat pelbagai pembedahan

Beliau berkata di akhir keterangannya yang menarik itu, sesuai menurut yang kita lihat dan hasil-hasil baik yang kita perolehi melalui perantaraan membalut madu lebah itu ke atas kulit yang sakit atau dengan menyapukannya. Madu mempunyai kesan yang baik untuk menyatukan dan menyembuhkan luka-luka kulit sekaligus untuk mengusir dan membanteras sesuatu yang menyebabkan makanan busuk.

Dr. Abdul Karim Najib al-Khatib
RAHSIA MADU LEBAH
Ubat Yang Turun Bersama Wahyu