Selasa, 29 Julai 2014

Racun lebah mampu bunuh virus HIV

WASHINGTON - Sekumpulan saintis dari Universiti Washington di St Louis, Amerika Syarikat berjaya membuktikan bahawa racun lebah mampu membunuh dan menyembuhkan pesakit dijangkiti virus Human Immunodeficiency Virus (HIV).

Saintis, Joshua L Hood berkata, penggunaan racun lebah melittin dan partikel nano mampu membunuh virus ini dengan tindak balas darah manusia.

"Melittin pada partikel nano dapat menyerap lapisan luar virus dan membentuk pori kecil lalu meleraikan lapisan pelindung virus,” katanya dipetik laporan Science news

Menurutnya, melittin dan partikel nano hanya bertindak balas pada HIV dan tidak menjejaskan sel manusia.

"Tindak balas ini mampu menghapuskan kehadiran virus HIV dari tubuh manusia namun ia berbeza dengan perawatan anti-retroviral yang hanya mencegah reproduksi HIV.

Beliau berkata, kajian juga mendapati racun lebah juga boleh disuntik pada salah satu sel kemaluan wanita untuk mencegah jangkitan HIV.

Isnin, 28 Julai 2014

Salam aidilfitri

Kami di trigonagold ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua

Sabtu, 26 Julai 2014

Kajian perubatan madu kelulut

WEDNESDAY, 27 MARCH 2013
Kajian tentang madu oleh profesor dari indonesia

USM dan universiti Indonesia kaji khasiat madu

Mafauzy Mohamed (kiri) bertukar dokumen perjanjian persefahaman bagi menjalankan penyelidikan bersama khasiat madu lebah tempatan dengan D. A. Suriamiharja di Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 8 Jun - Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universitas Hasanuddin Makasar, Indonesia, melibatkan penyelidikan saintifik mengenai khasiat madu lebah tempatan sebagai sumber penjagaan kesihatan.
Pada majlis itu, USM diwakili oleh Pengarah Kampus Kesihatan, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed, manakala Universitas Hasanuddin diwakili oleh Pembantu Rektor Bidang Akademiknya, D.A Suriamiharja.
USM turut menandatangani MoU dengan syarikat Aifa Health Sdn. Bhd., yang diwakili Ketua Eksekutifnya, Aisan Fadhli Ab. Halim bagi membiayai sebahagian penyelidikan tersebut.
Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Penyelaras Penyelidikan Perubatan Tradisional dan Komplimentari, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) USM Kampus Kesihatan, Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman dan Penyelaras Projek, Prof. Syed Mohsin Sahil Jamalullail.
Sementara itu, Dr. Mafauzy dalam ucapannya berkata, USM menggalakkan pensyarah dan pelajarnya mempelopori strategi teknologi hijau dengan menjalankan penyelidikan bagi membantu golongan miskin.
Beliau berkata, bagi penyelidikan berasaskan madu, USM menyediakan lebih RM2 juta geran penyelidikan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sejak lima tahun lalu.
Selain itu katanya, USM juga meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 di bawah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat bagi penyelidikan projek ternakan lebah kelulut sebagai sumber pendapatan kepada golongan kurang berkemampuan.
"Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan," katanya.
Mengenai MoU yang dimeterai, beliau berkata, sebahagian besar penyelidikan akan dijalankan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan syarikat Aifa Health secara prinsipnya bersetuju menyumbangkan dana untuk mengadakan makmal efikasi praklinikal bagi tujuan tersebut.
Beliau sehubungan itu menyarankan pensyarah dan penyelidik USM menjalin kerjasama dengan penyelidik dari dalam dan luar negara bagi meningkatkan kualiti penyelidikan mereka
Dipetik dari Utusan Malaysia: ARKIB : 09/06/2011

Rabu, 23 Julai 2014

Pelbagai khasiat madu kelulut untuk merawat penyakit

Ketahui pelbagai khasiat dan manfaat madu kelulut untuk merawat penyakit

1. Antara khasiat madu kelulut dalam meningkatkan kualiti kesihatan hidup anda ialah ia dapat mencegah penyakit daripada datang, merawat penyakit sedia ada dan menyembuhkan penyakit yang dihidapi  dengan izin Allah s.w.t.

2. Madu Kelulut mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding madu biasa yang dijual di pasaraya. Peranannya dalam bidang perubatan memang diakui oleh pakar-pakar penyelidik serata dunia. Mardi juga berkongsi banyak maklumat tentang nutrien dan jenis penyakit yang mampu diubati di akhbar-akhbar. Malah madu telah digunakan sejak beribu tahun lampau lagi sebagai pemberi tenaga dan penyembuhan.

3. Artikel di Harian Metro ada berkongsi maklumat tentang khasiat dan manfaatnya dalam mencegah penyakit berbahaya.

4. Madu yang dihasilkan secara semulajadi seharusnya menjadi pilihan yang lebih baik jika dibandingkan dengan ubatan klinikal yang mempunyai kandungan kimia tertentu. Badan manusia sudah tentulah dapat menerima bahan semulajadi dan bertindakbalas lebih baik ketika proses penyembuhan berbanding bahan kimia.

5. Selain merawat penyakit, madu kelulut juga mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan pemakannya sekaligus meningkatkan kualiti hidup anda menjadikan anda lebih ceria, positif dan bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian. Antara kelebihannya ialah:

a. memberikan tenaga supaya anda cergas bekerja sepanjang hari

b. meningkatkan sistem imun iaitu ketahanan badan melawan penyakit

c. luka di kaki pesakit kencing manis lebih cepat sembuh

d. supplemen yang lengkap untuk keperluan tubuh anda tanpa bahan kimia

e. minda lebih cerdas, sesuai untuk pelajar

f. meningkatkan tenaga batin dan kesuburan

g. bertindak sebagai antioksidan

h menganjal kulit menjadikan wajah awet muda dan berseri

i. haid menjadi lebih teratur

j. kesihatan untuk ibu dan anak dalam kandungan

k. merawat luka dalaman selepas bersalin

l. meningkatkan pengeluaran susu ibu

6. Apakah itu kelulut?

Kelulut (trigona) merupakan spesies lebah yang lebih kecil saiznya berbanding lebah biasa. Kelulut membuat sarangnya di celah akar dan tunggul pokok iaitu di tempat rendah berbanding lebah biasa yang membuat sarangnya di tempat tinggi seperti di dahan dan ranting pokok. Warna madu kelulut lebih jernih berbanding madu hutan dan rasanya manis bercampur sedikit masam.

lebah kelulut atau trigona

7. Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nahl (lebah) ayat 68 dan 69 iaitu:

“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

8. Sekiranya anda mengamalkan meminum madu secara tak langsung anda telah mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ada beberapa hadis Rasulullah s.a.w mengajar umatnya menggunakan madu untuk tujuan berubat. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya iaitu:

“Sesiapa menjilat / minum madu tiga pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )

“Syifa (ubat / penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam dan dengan besi panas dan aku melarang umatku dari besi panas.” (Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)

“Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Al-Quran.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)

Selasa, 22 Julai 2014

Cara pemakanan madu yg disarankan

Madu kelulut tidak sepanas madu lebah.

Sepanjang kami mengendalikan madu kelulut, tidak pernah lagi berlaku kejadian botol pecah meletup.

Oleh itu, madu kelulut boleh diminum dari kanak-kanak hingga orang tua.

Walaupun kita membeli madu Kelulut yang asli tapi cara pengambilan yang salah , maka madu kelulut tadi akan menjadi sia-sia.

Saranan untuk minum madu kelulut:

1.pastikan perut kita lapar(selepas bangun tidur)

2.tuangkan di tapak tangan sebesar duit syiling 50 cen lama & jilat

3.pastikan selepas pengambilan madu kelulut kita tidak makan & minum selama 1 jam(air kosong sahaja boleh)

Amalkan setiap hari secara berterusan.

InsyAllah

Ladang utama - Lubuk Manggis, Sungai Chongkak, Hulu Langat, Selangor

Menunjukkan ladang kami sepintas lalu





















Isnin, 21 Julai 2014

Teknik anakKu

Kami telah mendapati teknik baru untuk membolehkan menyemai madu dalam masa hanya 3minggu berbanding biasa yang mengambil masa yang lebih dari 3minggu.

Dibawah kami sertakan gambar untuk tatapan anda





Biasanya mmg sukar untuk mendapatkan sturktur diatas dalam masa yang cepat.

Setelah research and development yang telah dilakukan oleh kami, ianya tidak mustahil.

Nak tau bagaimana???

Daftarlah segera untuk mengetahui rahsia ini....

Informasi seperti dibawah


Tempat adalah sangat terhad untuk memiliki ilmu yang sangat bermanafaat untuk para penternak lebah kelulut.

Kursus juga dibuka untuk penternak baru yang ingin mengenali lebah kelulut dengan lebih rapat lagi

Khamis, 17 Julai 2014

Pembuatan kotak haif kelulut

Pembikinan kotak haif memainkan peranan penting apabila pemindahan dilakukan.

Saiz ketebalan kayu, kebesaran dimensi - didalam dan ketinggian adalah penting bagi membolehkan lebah kelulut untuk cepat membaikpulih habitat dan menyesuaikan diri.

Dibawah adalah gambar-gambar kotak haif yg telah dibuat.

Pembikinan kotak haif adalah pembelajaran secara terus menerus bagi mendapatkan kotak yang paling efektif dalam penghasilan madu.

Kotak haif terdiri daripada kotak telur (stor telur) dan kotak topping (stor makanan)







Rabu, 16 Julai 2014

Advertising materials




Profail syarikat

PROFAIL

MY IQRA SOLUTIONS




Wawasan

Membudaya Pemakanan Dan Kesihatan Secara Fitrah Dan Sunnah.



Objektif

Objektif jangka pendek menjadi pengeluar, pemproses dan pemasar produk asas madu kelulut di sekitar kawasan projek.

Objektif jangka sederhana menjadi pengeluar, pemproses dan pemasar pelbagai produk madu kelulut domestik.

Objektif jangka panjang menjadi pengeluar dan pembekal madu asas industri kesihatan bersaskan madu kelulut, kajian dan pembangunan produk, serta latihan.



Ladang / tempat ternakan lebah kelulut

Ladang induk:

Lubuk Manggis Hulu Langat Selangor

Ladang ternak:

Sungai congkak Hulu Langat, Selangor

Sungai Lui Hulu Langat, Selangor

Sungai Pusu Gombak, Selangor

Tronoh, perak

Sungai Mati, Muar, Johor



BUTIRAN SYARIKAT

Nama Syarikat : My Iqra Solutions

E-mel : .sale.myiqra@gmail.com
No. Tel : 013 - 2229995,011 - 29022609,017 - 2768838 - urusan pemebelian madu

Alamat Pejabat : Lot 14960,Batu 21 1/2,Kawasan Perkelahan Lubuk Manggis,43100 Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan.

No. Pendaftaran Perniagaan :002225264-K
Status Pemilikan : 100% milik bumiputera

Pengarah : Muhammad Sazali bin Paridudin

Jenis Perniagaan Utama : Ternakan lebah dan kelulut, pemprosesan dan pemasaran produk madu lebah dan kelulut.

Bank : Bank CIMB - 12520000517100



POTENSI INDUSTRI MADU KELULUT DI MALAYSIA

Kelulut atau lebah tukang (Trigona spp.) ialah lebah tidak bersengat.Seluruh dunia terdapat hampir 500 jenis lebah ini. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia,seperti Australia, Afrika, Asia tenggara,dan kawasan tropika Amerika.Lebah kelulut mampu menghasilkan madu sama seperti lebah madu.Saiznya kecil iaitu lebih kecil daripada lalat.Kelulut membentuk satu koloni besar dengan organisasi sosial yang kompleks.Sarangnya pula ada yang berada di bawah tanah, di dalam batu,di dalam kayu sehinggalah koloni terbuka. Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian Trigona yang paling terbanyak berbanding dengan negara tropika Asia yang lain.Ia dianggarkan bahawa Malaysia mempunyai lebih daripada 35 spesis Trigona.Setakat ini hanya dua spesies yang dikomersialkan iaitu jenis ‘Trigona Itama’ dan ‘Trigona Thoracica’

Madu kelulut sangat berkualiti yang kaya dengan antioksida. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah biasa.Ia dikatakan dapat meningkatkan metabolisme badan, menambah tenaga batin,memberi tenaga kepada wanita baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman. Ia juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh. Manakala didalam bidang perubatan pula banyak khasiatnya.

Banyak ujian telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Lebah kelulut penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga dan sayur.Koloni kelulut yang mendapat makanan yang secukupnya daripada ladang akan mengeluarkan hasil madu yang lebih banyak. Ladang pula menunjukan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah.

Kelulut mengeluarkan 3 produk iaitu madu, propolis dan pollen (debunga). Dalam masa sebulan hasil kelulut boleh dituai. Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan secara meluas kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan madu kelulut. Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa,ini kerana madu lebah kelulut kurang di pasaran serta khasiat didalamnya lebih banyak berbanding dengan madu lebah biasa.

Semasa majlis tandatangan MOU diantara Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dengan Syamile Agro Farm Sdn. Bhd.di Putrajaya pada Julai 2013,Menterinya Datuk Seri Mohd. Afdal yakin projek kelulut mampu memberi pulangan lumayan kerana boleh dilaksanakan dengan cepat,kos yang rendah serta pulangan pendapartan yang cepat.



PENGLIBATAN SYARIKAT DALAM PERNIAGAAN MADU KELULUT.

My Iqra Solutions merupakan syarikat yang terlibat secara langsung dengan ternakan, pemprosesan dan pemasaran produk madu kelulut bermula pada bulan Oktober 2013. Ini bermakna syarikat telah mula terlibat dalam bidang ini secara aktif kira-kira 7 bulan.

Penglibatan ini adalah atas kesedaran potensi yang sangat besar dalam perniagaan madu kelulut ini pada masa akan datang. Ini meliputi kegunaan domestik atau potensi eksport.

Syarikat ini melaksanakan projek kelulut ini dengan perancangan dan pelaksanaan kerja oleh pemilik projek iaitu En. Mohamad Sazali dan dibantu secara sepenuh masa oleh En. Mohamad Jamhor. Bagi melaksanakan tugasan tertentu, pekerja am digunakan bagi tempoh tertentu.



PRODUK


Selari dengan skop utama bagi mencapai objektif jangka pendek iaitu dalam tempoh setahun beroperasi, My Iqra Solutions adalah menternak lebah kelulut, memproses madu lebah kelulut dan menjual madu asas/mentah sahaja. Bagi jangka sederhana pula, iaitu bagi tahun kedua, syarikat merancang memproses madu kelulut menjadi pelbagai produk hiliran untuk makanan dan kesihatan yang berasaskan madu kelulut. Bagi tempoh jangka panjang pula, syarikat merancang untuk menjadi pembekal kepada industri yang menggunakan madu kelulut sebagai bahan mentah produk mereka. Syarikat juga merancang untuk membuat kajian dan pembangunan, latihan dan keusahawanan.


LATARBELAKANG PEMILIK/PENGARAH & PEKERJA



Mohamad Sazali Bin Paridudin

Beliau berkelulusan Sijil Kemahiran MARA dan SijilKemahiran Malaysia (SKM Pertengahan) bidang Fabrikator dan Pemasangan Struktur Keluli.Beliau juga berpengalaman dalam bidang mekatronik dan letronik

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan dan keusahawan dalam pelbagai bidang.Dalam tahun 2010 hingga 2013 beliau aktif berniaga produk digital khususnya produk Islamik di Bandar Baru Ampang. Beliau juga mempunyai pengalaman luas sebagai pemborong serta pengendali kursus dan program borong ke luar negara khususnya China (Guangzhou dan Yiwu) bagi usahawan-usahawan MARA selama 3 tahun. Juga menjalinkan kerjasama dengan pengeluar China beberapa produk digital.

Pengalaman kerja selama 11 tahun dalam bidang telekomunikasi, bermula pada tahun 2004 syarikat melelui Phone Corner terlibat dalam perniagaan berkaitan produk telekomunikasi bermula dengan 1 unit kedai di Kompleks Pertama.Dalam tahun berikutnya, syarikat telah membuka dua cawangan di tingkat bawah,Pertama Complex.Pada Ogos 2008,syarikat dengan kerjasama MARA melalui Program Mentor Mentee telah melatih usahawan bumiputera dalam Program Usahawan Multiservis Telefon Bimbit dan juga menjadi Tenaga pengajar untuk kursus baik pulih telefon bimbit anjuran Kementerian Belia dan Sukan selama 2 tahun.

Mula berkecimpung dalam bidang pertanian khususnya ternakan madu kelulut sejak pertengahan tahun 2013. Pernah menjadi peserta Seminar & Workshop on Stingless Bee 2013: Translating Research Discovery Into Improved Outcomes pada 23 - 24 Sept. 2013 di ICRACU, IIUM, Kuantan. Juga menjadi peserta Kursus Ternakan Lebah Kelulut anjuran MARDI pada 2014.

Ahli Persatuan Apiterapi Malaysia


Mohamad Jamhor Bin Mohamad Hamdan

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana muda Ekonomi (Kep.), Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 (Sistem Maklumat) dan Tahap 3- Pegawai Latihan Vokasional (VTO). Beliau berpengalaman sebagai Pegawai Perancang Korporat,Pegawai Kemajuan, Eksekutif Kanan Projek, Pengurus Pemasaran,Pengurus Kualiti,Tenaga Pengajar Kanan, dan CEO. dan Perunding Pernah berkhidmat sebagai Pengurus.

Beliau mempunyai pengalaman dalam perniagaa dengan menjadi pengusaha cyber cafe.Beliau pernah menjadi perunding Program Mentor Mentee Multiservis Telefon Bimbit anjuran MARA, Pengurus Pusat Bertauliah Litar Computers di Rawang dan Institut Skill-Tech di Melaka,yang melatih usahawan pertanian berasaskan pertanian.Beliau juga terlibat dengan program latihan perniagaan dan usahawan sebagai tenaga pengajar di bawah Program 1 Azam dan Program usahawan Ladang Amanah Ikhtiar Malaysia.

Mula berkecimpung dalam bidang pertanian khususnya ternakan madu kelulut sejak pertengahan tahun 2013. Pernah mengikuti Kursus Ternakan Lebah dan Kelulut pada 3 - 4 Sept. 2013 di Bee Farm, Lot 561, Batu 5 1/2, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka.


Lokman Bin Ali

Beliau merupakan PESARA(Medical Laboratory Technologist) Pusat Pengajian Sains Perubatan,Kampus Kesihatan USM.Kubang Kerian,Kelantan Darul Naim

Kursus-kursus penternakan lebah & lebah kelulut yang diikuti :

Kursus penternakan lebah menyengat (Apis) Jabatan Pertanian Parit Botak, Batu Pahat Johor (2010).

Kursus penternakan lebah dan lebah kelulut secara terus daripada bapa Prof Dr. Ir. MappatobaSila, M.Sc. (2010) dan dengan bapa Stanis Ghaji (2013) kedua tenaga pengajar adalah dari Universitas Hassanuddin (UNHAS), Makassar, Sulawesi Indonesia.

Kursus Asas Penternakan Kelulut MARDI Serdang, Selangor, 2014

Sebagai Fasilitator :

Kursus Asas Menternak Lebah Kelulut anjuran Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Seminar & Workshop on Stingless Bee (Kelulut) 2013 at ICRACU, IIUM Kuantan organized by Research Cluster of Integrated Medicine and Cellular & Molecular Biologi in collaboration with Primary Care Clinic, Masjid SHAS, Dept. of Basic Medical Sciences for Nursing, KON Dept. of Biomedical Sciences, KAHS.

Kursus ternakan madu lebah kelulut untuk penduduk Kampong Beletik, Kuala Lipisan juran bersama Majlis Penggawai-Penggawai Universiti Sains Malaysia dan Desasiswa Nurani USM, Kampus Kesihatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia.

Beberapa Kursus Asas Ternakan Kelulut anjuran kumpulan penternak lebah&lebah kelulut USM yang diketuai oleh Prof. Siti Amrah Sulaiman (Pengerusi Persatuan Apiterapi Malaysia dan juga Ketua Kluster Perubatan Tradisional & Integratif Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), UniversitiSains Malaysia. Kampus Kesihata,Kubang Kerian. Kelantan DarulNaim).

Ahli Persatuan Apiterapi Malaysia

Cara memindahkan koloni dari batang ke kotak (haif)

Pada bulan Jun 2014, tim kami telah memindahkan sebanyak 3 koloni kedalam kotak. Dibawah dilampirakan gambar untuk tatapan semua









Kursus Lebah Kelulut