Rabu, 16 Julai 2014

Profail syarikat

PROFAIL

MY IQRA SOLUTIONS




Wawasan

Membudaya Pemakanan Dan Kesihatan Secara Fitrah Dan Sunnah.



Objektif

Objektif jangka pendek menjadi pengeluar, pemproses dan pemasar produk asas madu kelulut di sekitar kawasan projek.

Objektif jangka sederhana menjadi pengeluar, pemproses dan pemasar pelbagai produk madu kelulut domestik.

Objektif jangka panjang menjadi pengeluar dan pembekal madu asas industri kesihatan bersaskan madu kelulut, kajian dan pembangunan produk, serta latihan.



Ladang / tempat ternakan lebah kelulut

Ladang induk:

Lubuk Manggis Hulu Langat Selangor

Ladang ternak:

Sungai congkak Hulu Langat, Selangor

Sungai Lui Hulu Langat, Selangor

Sungai Pusu Gombak, Selangor

Tronoh, perak

Sungai Mati, Muar, Johor



BUTIRAN SYARIKAT

Nama Syarikat : My Iqra Solutions

E-mel : .sale.myiqra@gmail.com
No. Tel : 013 - 2229995,011 - 29022609,017 - 2768838 - urusan pemebelian madu

Alamat Pejabat : Lot 14960,Batu 21 1/2,Kawasan Perkelahan Lubuk Manggis,43100 Hulu Langat,Selangor Darul Ehsan.

No. Pendaftaran Perniagaan :002225264-K
Status Pemilikan : 100% milik bumiputera

Pengarah : Muhammad Sazali bin Paridudin

Jenis Perniagaan Utama : Ternakan lebah dan kelulut, pemprosesan dan pemasaran produk madu lebah dan kelulut.

Bank : Bank CIMB - 12520000517100



POTENSI INDUSTRI MADU KELULUT DI MALAYSIA

Kelulut atau lebah tukang (Trigona spp.) ialah lebah tidak bersengat.Seluruh dunia terdapat hampir 500 jenis lebah ini. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia,seperti Australia, Afrika, Asia tenggara,dan kawasan tropika Amerika.Lebah kelulut mampu menghasilkan madu sama seperti lebah madu.Saiznya kecil iaitu lebih kecil daripada lalat.Kelulut membentuk satu koloni besar dengan organisasi sosial yang kompleks.Sarangnya pula ada yang berada di bawah tanah, di dalam batu,di dalam kayu sehinggalah koloni terbuka. Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian Trigona yang paling terbanyak berbanding dengan negara tropika Asia yang lain.Ia dianggarkan bahawa Malaysia mempunyai lebih daripada 35 spesis Trigona.Setakat ini hanya dua spesies yang dikomersialkan iaitu jenis ‘Trigona Itama’ dan ‘Trigona Thoracica’

Madu kelulut sangat berkualiti yang kaya dengan antioksida. Ia dikatakan mempunyai khasiat yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan madu lebah biasa.Ia dikatakan dapat meningkatkan metabolisme badan, menambah tenaga batin,memberi tenaga kepada wanita baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman. Ia juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh. Manakala didalam bidang perubatan pula banyak khasiatnya.

Banyak ujian telah dilakukan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Lebah kelulut penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga dan sayur.Koloni kelulut yang mendapat makanan yang secukupnya daripada ladang akan mengeluarkan hasil madu yang lebih banyak. Ladang pula menunjukan peningkatan hasil dan sentiasa berbuah.

Kelulut mengeluarkan 3 produk iaitu madu, propolis dan pollen (debunga). Dalam masa sebulan hasil kelulut boleh dituai. Setakat ini madu kelulut belum lagi dikomersialkan secara meluas kerana masih ramai tidak mengetahui kelebihan madu kelulut. Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa,ini kerana madu lebah kelulut kurang di pasaran serta khasiat didalamnya lebih banyak berbanding dengan madu lebah biasa.

Semasa majlis tandatangan MOU diantara Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dengan Syamile Agro Farm Sdn. Bhd.di Putrajaya pada Julai 2013,Menterinya Datuk Seri Mohd. Afdal yakin projek kelulut mampu memberi pulangan lumayan kerana boleh dilaksanakan dengan cepat,kos yang rendah serta pulangan pendapartan yang cepat.



PENGLIBATAN SYARIKAT DALAM PERNIAGAAN MADU KELULUT.

My Iqra Solutions merupakan syarikat yang terlibat secara langsung dengan ternakan, pemprosesan dan pemasaran produk madu kelulut bermula pada bulan Oktober 2013. Ini bermakna syarikat telah mula terlibat dalam bidang ini secara aktif kira-kira 7 bulan.

Penglibatan ini adalah atas kesedaran potensi yang sangat besar dalam perniagaan madu kelulut ini pada masa akan datang. Ini meliputi kegunaan domestik atau potensi eksport.

Syarikat ini melaksanakan projek kelulut ini dengan perancangan dan pelaksanaan kerja oleh pemilik projek iaitu En. Mohamad Sazali dan dibantu secara sepenuh masa oleh En. Mohamad Jamhor. Bagi melaksanakan tugasan tertentu, pekerja am digunakan bagi tempoh tertentu.



PRODUK


Selari dengan skop utama bagi mencapai objektif jangka pendek iaitu dalam tempoh setahun beroperasi, My Iqra Solutions adalah menternak lebah kelulut, memproses madu lebah kelulut dan menjual madu asas/mentah sahaja. Bagi jangka sederhana pula, iaitu bagi tahun kedua, syarikat merancang memproses madu kelulut menjadi pelbagai produk hiliran untuk makanan dan kesihatan yang berasaskan madu kelulut. Bagi tempoh jangka panjang pula, syarikat merancang untuk menjadi pembekal kepada industri yang menggunakan madu kelulut sebagai bahan mentah produk mereka. Syarikat juga merancang untuk membuat kajian dan pembangunan, latihan dan keusahawanan.


LATARBELAKANG PEMILIK/PENGARAH & PEKERJA



Mohamad Sazali Bin Paridudin

Beliau berkelulusan Sijil Kemahiran MARA dan SijilKemahiran Malaysia (SKM Pertengahan) bidang Fabrikator dan Pemasangan Struktur Keluli.Beliau juga berpengalaman dalam bidang mekatronik dan letronik

Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan dan keusahawan dalam pelbagai bidang.Dalam tahun 2010 hingga 2013 beliau aktif berniaga produk digital khususnya produk Islamik di Bandar Baru Ampang. Beliau juga mempunyai pengalaman luas sebagai pemborong serta pengendali kursus dan program borong ke luar negara khususnya China (Guangzhou dan Yiwu) bagi usahawan-usahawan MARA selama 3 tahun. Juga menjalinkan kerjasama dengan pengeluar China beberapa produk digital.

Pengalaman kerja selama 11 tahun dalam bidang telekomunikasi, bermula pada tahun 2004 syarikat melelui Phone Corner terlibat dalam perniagaan berkaitan produk telekomunikasi bermula dengan 1 unit kedai di Kompleks Pertama.Dalam tahun berikutnya, syarikat telah membuka dua cawangan di tingkat bawah,Pertama Complex.Pada Ogos 2008,syarikat dengan kerjasama MARA melalui Program Mentor Mentee telah melatih usahawan bumiputera dalam Program Usahawan Multiservis Telefon Bimbit dan juga menjadi Tenaga pengajar untuk kursus baik pulih telefon bimbit anjuran Kementerian Belia dan Sukan selama 2 tahun.

Mula berkecimpung dalam bidang pertanian khususnya ternakan madu kelulut sejak pertengahan tahun 2013. Pernah menjadi peserta Seminar & Workshop on Stingless Bee 2013: Translating Research Discovery Into Improved Outcomes pada 23 - 24 Sept. 2013 di ICRACU, IIUM, Kuantan. Juga menjadi peserta Kursus Ternakan Lebah Kelulut anjuran MARDI pada 2014.

Ahli Persatuan Apiterapi Malaysia


Mohamad Jamhor Bin Mohamad Hamdan

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana muda Ekonomi (Kep.), Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 & 3 (Sistem Maklumat) dan Tahap 3- Pegawai Latihan Vokasional (VTO). Beliau berpengalaman sebagai Pegawai Perancang Korporat,Pegawai Kemajuan, Eksekutif Kanan Projek, Pengurus Pemasaran,Pengurus Kualiti,Tenaga Pengajar Kanan, dan CEO. dan Perunding Pernah berkhidmat sebagai Pengurus.

Beliau mempunyai pengalaman dalam perniagaa dengan menjadi pengusaha cyber cafe.Beliau pernah menjadi perunding Program Mentor Mentee Multiservis Telefon Bimbit anjuran MARA, Pengurus Pusat Bertauliah Litar Computers di Rawang dan Institut Skill-Tech di Melaka,yang melatih usahawan pertanian berasaskan pertanian.Beliau juga terlibat dengan program latihan perniagaan dan usahawan sebagai tenaga pengajar di bawah Program 1 Azam dan Program usahawan Ladang Amanah Ikhtiar Malaysia.

Mula berkecimpung dalam bidang pertanian khususnya ternakan madu kelulut sejak pertengahan tahun 2013. Pernah mengikuti Kursus Ternakan Lebah dan Kelulut pada 3 - 4 Sept. 2013 di Bee Farm, Lot 561, Batu 5 1/2, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka.


Lokman Bin Ali

Beliau merupakan PESARA(Medical Laboratory Technologist) Pusat Pengajian Sains Perubatan,Kampus Kesihatan USM.Kubang Kerian,Kelantan Darul Naim

Kursus-kursus penternakan lebah & lebah kelulut yang diikuti :

Kursus penternakan lebah menyengat (Apis) Jabatan Pertanian Parit Botak, Batu Pahat Johor (2010).

Kursus penternakan lebah dan lebah kelulut secara terus daripada bapa Prof Dr. Ir. MappatobaSila, M.Sc. (2010) dan dengan bapa Stanis Ghaji (2013) kedua tenaga pengajar adalah dari Universitas Hassanuddin (UNHAS), Makassar, Sulawesi Indonesia.

Kursus Asas Penternakan Kelulut MARDI Serdang, Selangor, 2014

Sebagai Fasilitator :

Kursus Asas Menternak Lebah Kelulut anjuran Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)

Seminar & Workshop on Stingless Bee (Kelulut) 2013 at ICRACU, IIUM Kuantan organized by Research Cluster of Integrated Medicine and Cellular & Molecular Biologi in collaboration with Primary Care Clinic, Masjid SHAS, Dept. of Basic Medical Sciences for Nursing, KON Dept. of Biomedical Sciences, KAHS.

Kursus ternakan madu lebah kelulut untuk penduduk Kampong Beletik, Kuala Lipisan juran bersama Majlis Penggawai-Penggawai Universiti Sains Malaysia dan Desasiswa Nurani USM, Kampus Kesihatan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang dan Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia.

Beberapa Kursus Asas Ternakan Kelulut anjuran kumpulan penternak lebah&lebah kelulut USM yang diketuai oleh Prof. Siti Amrah Sulaiman (Pengerusi Persatuan Apiterapi Malaysia dan juga Ketua Kluster Perubatan Tradisional & Integratif Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), UniversitiSains Malaysia. Kampus Kesihata,Kubang Kerian. Kelantan DarulNaim).

Ahli Persatuan Apiterapi Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan