Rabu, 23 Julai 2014

Pelbagai khasiat madu kelulut untuk merawat penyakit

Ketahui pelbagai khasiat dan manfaat madu kelulut untuk merawat penyakit

1. Antara khasiat madu kelulut dalam meningkatkan kualiti kesihatan hidup anda ialah ia dapat mencegah penyakit daripada datang, merawat penyakit sedia ada dan menyembuhkan penyakit yang dihidapi  dengan izin Allah s.w.t.

2. Madu Kelulut mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding madu biasa yang dijual di pasaraya. Peranannya dalam bidang perubatan memang diakui oleh pakar-pakar penyelidik serata dunia. Mardi juga berkongsi banyak maklumat tentang nutrien dan jenis penyakit yang mampu diubati di akhbar-akhbar. Malah madu telah digunakan sejak beribu tahun lampau lagi sebagai pemberi tenaga dan penyembuhan.

3. Artikel di Harian Metro ada berkongsi maklumat tentang khasiat dan manfaatnya dalam mencegah penyakit berbahaya.

4. Madu yang dihasilkan secara semulajadi seharusnya menjadi pilihan yang lebih baik jika dibandingkan dengan ubatan klinikal yang mempunyai kandungan kimia tertentu. Badan manusia sudah tentulah dapat menerima bahan semulajadi dan bertindakbalas lebih baik ketika proses penyembuhan berbanding bahan kimia.

5. Selain merawat penyakit, madu kelulut juga mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan pemakannya sekaligus meningkatkan kualiti hidup anda menjadikan anda lebih ceria, positif dan bersemangat dalam menjalani kehidupan seharian. Antara kelebihannya ialah:

a. memberikan tenaga supaya anda cergas bekerja sepanjang hari

b. meningkatkan sistem imun iaitu ketahanan badan melawan penyakit

c. luka di kaki pesakit kencing manis lebih cepat sembuh

d. supplemen yang lengkap untuk keperluan tubuh anda tanpa bahan kimia

e. minda lebih cerdas, sesuai untuk pelajar

f. meningkatkan tenaga batin dan kesuburan

g. bertindak sebagai antioksidan

h menganjal kulit menjadikan wajah awet muda dan berseri

i. haid menjadi lebih teratur

j. kesihatan untuk ibu dan anak dalam kandungan

k. merawat luka dalaman selepas bersalin

l. meningkatkan pengeluaran susu ibu

6. Apakah itu kelulut?

Kelulut (trigona) merupakan spesies lebah yang lebih kecil saiznya berbanding lebah biasa. Kelulut membuat sarangnya di celah akar dan tunggul pokok iaitu di tempat rendah berbanding lebah biasa yang membuat sarangnya di tempat tinggi seperti di dahan dan ranting pokok. Warna madu kelulut lebih jernih berbanding madu hutan dan rasanya manis bercampur sedikit masam.

lebah kelulut atau trigona

7. Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nahl (lebah) ayat 68 dan 69 iaitu:

“Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

8. Sekiranya anda mengamalkan meminum madu secara tak langsung anda telah mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ada beberapa hadis Rasulullah s.a.w mengajar umatnya menggunakan madu untuk tujuan berubat. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya iaitu:

“Sesiapa menjilat / minum madu tiga pagi setiap bulan, tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.” (Diriwayatkan oleh Abu Hurairah )

“Syifa (ubat / penawar) itu ada pada tiga – meminum madu, berbekam dan dengan besi panas dan aku melarang umatku dari besi panas.” (Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah – Kitab Sahih Bukhari)

“Ke atas kamu dua penyembuh (syifa) : Madu dan Al-Quran.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Ibnu Majah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan